Buka Puasa dan Shopping Bersama “Raya Bergaya” Sungei Wang Plaza

Setiap kali datangnya bulan Ramadhan dan menjelang Syawal, Sungei Wang Plaza pasti akan meraikan kegembiraan mereka dengan golongan kurang berkemampuan. Kali ini, Otomen turut dijemput hadir untuk meraikan “Raya Bergaya” bersama Sungei Wang Plaza dengan anak-anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera.

Seperti yang kita tahu, Malaysia sangat kaya dengan kepelbagaian budaya. Ini mencerminkan negara Malaysia dengan kepelbagaian adat dan budaya ysng unik dan disukai ramai orang dari luar. Bersempena dengan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri, Sungei Wang mengalu-alukan dan bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh kegembiraan ini dengan merayakannya melalui tema “Raya Bergaya” kepada seluruh pembeli tempatan dan antarabangsa.

Bagi meraikan kemeriahan Hari Raya ini, Sungei Wang menjemput anak-anak dari Rumah Bakti Nur Syaheera untuk sama-sama berbuka puasa di Nando’s. Sebelum itu, anak-anak dibawa ke bahagian lantai konsert untuk menyertai bengkel anyaman ketupat bersama pakar-pakar anyaman. Ketupat mereka ini akan dipaparkan sebagai hiasan di Raya Bergaya Sungei Wang sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Mereka juga turut menerima duit raya dan bergambar mesra di pentas sebagai momen terindah untuk tahun ini.

Kemudian, kanak-kanak dan para media di bawa ke Nando’s untuk sessi berbuka puasa dan acara diakhiri dengan pemberian Bag Goodie buat anak-anak sebelum pulang.

Jom Beli-Belah Dengan Raya Bergaya Sungei Wang

Yeah! Tiba masanya untuk bershopping…. Bersempena dengan kempen Raya Bergaya juga, korang boleh membeli-belah bermula 3 Mei hingga 9 Jun 2019. Korang akan daat lihat Atrium Sungei Wang dihiasi dengan berkonsepkan Arab dan juga terdapat ketupat moden penuh emas berkilauan. Tujuannya mewujudkan semangat raya dan sensasi keanggunan yang memukaundalam meraikan keriangan Hari Raya.

Sudah tentu korang boleh semadikan momen terindah dengan bergambar bersamanya yang turut disertai terowong berkilauan dan gantingan ketupat dalam lampu LED.

Terdaat pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen Raya Bergaya korang boleh sertai.  Antaranya adalah persembahan Tarian Raya Bergaya dan Raya Live Band Performance pada setiap hujung minggu bagi memberikan lagi rasa suasana  raya membeli-belah sepanjang musim perayaan ini.

Selain itu, korang juga boleh sertai make-up tutorial dari pakar SCCA pada 25 Mei 2019. Para social influecers, Alya Zulaikha, Lena Sabrinaa, Miers Leydia dan Myra Muzaffa akan tampil di pentas bagi persembahan fesyen dan seterusnya bertemu dengan pengikut-pengikut mereka. Inspirasikan gaya fesyen korang dengan modern hijab dressing skills bersama selebriti terkenal Didi Astillah, Syada Amzah dan Adam Lee yang akan menghakimi Hijab Fashion Competition pada 26 Mei 2019 ini. Korang juga jangan lepaskan peluang belajar cara anyaman ketupat moden dan Arabian Sand Art Key Chain pada hujung minggu.

Pembeli yang telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM120 dengan maksimum dua resit terkumpul akan menerima set Sampul Raya Eksklusif Raya Bergaya Sungei Wang. Manakala, pembeli yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM388 dalam maksimum dua resit terkumpul melayakkan korang untuk menebus set eksklusif Sungei Wang Rainbow Cutlery. Segalanya tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang maklumat mengenai aktiviti dan promosi Sungei Wang, bolehlah layari:

Website

www.sungeiwang.com

Facebook

www.facebook.com/sungeiwangplaza

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.