Aspirasikan Diri Bersama Najib Asaddok Di Roket Pemasaran Momentum 2019 – NAK TARIK PELANGGAN

Ok guys! Kita tahu kan yang hari ini trend pemasaran dan pembelian secara online semakin menjadi-jadi. Boleh kata semua dalam kalangan kita berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama dalam mendapatkan info daripada online. Ini sekaligus mempengaruhi cara mereka membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Jadi, usahawan perlu berubah dan belajar untuk menggunakan platform online sebagai medium meningkatkan lagi bisnes mereka.

Justeru itu, Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd, Najib Asaddok atau lebih dikenali dengan Pakar Pemasaran Online menyedari betapa pentingnya untuk usahawan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi tetkini terutama aspek pemasaran secara online.

Dengan membantu para usahawan, beliau kini melancarkan kempen Roket Pemasaran Momentum 2019 – NAK TARIK PELANGGAN dan akan membantu 50,000 usahawan terutamanya mereka yang mempunyai perniagaan agar dapat memahami ilmu pemasaran online dan menarik ramai pelanggan.

“Menurut laporan Hootsuite yng terkini, seramai 24 juta rakyat Malaysia online setiap hari. Ini adalah satu peluang besar yang patut usahawan rebut dalam usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka,” kata Najib dalam pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019 – Nak Tarik Pelanggan.

Menurutnya lagi, angka 50,000 dipilih bersempena dengan ulang tahun ke-5 Momentum Internet Sdn Bhd pada tahun ini. Momentum Internet mempunyai misi membantu seramai 50,000 usahawan di Malaysia untuk membina bisnes dan menaikkan jualan mereka melalui siri kelas Roket Pemasaram Momentum yang ditawarkan serendah RM1 sahaja.

Sejak 2015, Momentum Internet telah membantu lebih 38,000 usahawan di seluruh negara melalui siri kelas dan seminar, dan lebih 20% telah mereka bantu melalui kelas lanjutan.

“Peratusan yang berjaya dibimbing boleh dikatakan subjektif. Beliau percaya dengan formula yang diajar dan peratusan berjaya lebih meningkat kerana telah terbukti ramai usahawan berjaya mencapai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh 6 bulan jingga 12 bulan.

Najib Asaddok yang merupakan CEO Momentum Internet Sdn Bhd juga seorang usahawan internet sejak 2009, trainer dan penceramah, penulis buku motivasi dan pemasaran Roket Emel, Roket Bisnes, Momentum Bisnes, Roket Pemasaran Momentum dan 4 Turbo Copywriting serta berpengalaman dalam dunia jualan sejak 2005 yang turut membantu kejayaannya dalam bisnesnya hari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan tawaran RM1 Roket Pemasaran Momentum 2019 – Nak Tarik Pelanggan, boleh layari

www.naktarikpelanggan.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.