Program Amal “Jom Shopping Raya” Bersama Kanak-Kanak Di Jakel Mall Kuala Lumpur

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, elok benarlah kiranya kita membantu sesama manusia yang memerlukan. Satu program amal kepada kanak-kanak telah diadakan pada 25 Mei lalu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Program ini mengumpulkan seramai 296 kanak-kanak daripada pusat jagaan/kebajikan yang menerima sumbangan Hari Raya iaitu Rumah Titian Kasih Al-Inayah, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Kg. Johan Setia Klang, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa serta Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah Kajang.

Program amal ini dianjurkan oleh syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat subsidiari, Iman Health and Beauty Sdn Bhd iaitu syarikat kesihatan dan kecantikan yang merupakan syarikat baharu memulakan operasinya dalam bidang ini.

Seperti yang kita tahu, Malik Streams Corporation Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, perniagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan. Syarikat ini diterajui oleh Dato’ Abdul Malik bin Dasthigeer.

Manakala syarikat Iman Health and Beauty Sdn Bhd pula diterajui Datin Dahlia Baiduri yang merupakan kolaborasi Datov Malik dalam meminati bidang kesihatan dan kecantikan ini untuk meluaskan lagi tapak perniagaannya melalui Iman Beauty and Health.

Menurut Datin Dahlia lagi, syarikat bakal mengeluarkan banyak produk-produk kesihatan dan kecantikan kepada penggunanya. Beliau turut membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menceburi dalam perniagaan ini sebagai agen atau stokis rasmi.

“Jom Shopping Raya” bersama kanak-kanak ini adalah harapan Dato’ Malik dalam membantu mereka merealisasikan impian untuk bergembira di Hari Raya dan berharap daat mengadakannya pada tahun-tahun akan datang dengan lebih lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.