DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY, Semburan Deodoran Dan Wangian Badan Dalam Satu Botol Untuk Lelaki

Bagi lelaki, perkara wajib yang perlu dilakukan bila nak keluar adalah mengenakan semburan deodorant dan perfume badan. Ini sangat penting kerana dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari membuatkan setiap lelaki dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Dengan menggunakan minyak wangi dan deodorant, badan berbau harum dan kekal segar dari menghindarkan bau badan yang tidak diingini buat si jejaka.

Lebih mencabar lagi buat lelaki adalah memilih produk wangian yang betul-betul memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar. Kenapa Otomen kata begitu? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodorant yang bertujuan mengatasi masalah bau badan sahaja.

Seperti yang kita tahu, semestinya minyak wangi sangat mahal dan sebab itu ada sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodorant bagi mencegah bau badan. Mereka tidak dapat menggunakan minyak wangi kerana kos yang lebih tinggi.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki, DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Ia adalah pertama dari DASHING, satu produk yang menampilkan bau hebat dan segar sepanjang hari. Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodorant dan minyak wangi dalam satu botol.

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Tambahan lagi, dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodorant biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh menyembur sehingga 880 semburan, dan bertahan sehingga 146 hari!

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Selain itu, setiap lelaki boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang dating dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk dibawa kemana sahaja nak pergi.

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY kini hadir dalam variasi:

HATTRICK – Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK – Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personality sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelage dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

SPEED – Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN – Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada harga mampu milik iaitu RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya Utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING, boleh layari:

Facebook | https://www.facebook.com/Dashing.MY/

Instagram | https://www.instagram.com/dashing_my/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.