Lotus Hotel Kuala Lumpur Strategik dan Sesuai Untuk Percutian Bajet

Hari tu Otomen dan kawan-kawan ada la singgah dan rasai pengalaman di Hotel Lotus Kuala Lumpur. Menariknya kat sini, lokasi dia betul-betul strategik dan berdekatan dengan banyak kemudahan awam dan pusat membeli-belah terkemuka. Jom!

Korang pun dah sedia maklum kan dengan kepesatan Bandaraya Kuala Lumpur ni. Dan pastinya terdapat banyak tempat-tempat menarik dan pusat membeli-belah yang besar ada kat sini. Lagilah makanan yang menjadi tarikan dunia. Pasti semua tercari-cari bila berada di sini. Memang sangatlah rugi kalau melawat Malaysia, tak singgah dan rasai pengalaman di ibu negara Kuala Lumpur.

Okay… Otomen faham mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak punya bajet mencukupi untuk menginap di hotel mewah. Tak perlu risau! Sebab Otomen akan tunjukkan korang dua buah hotel mampu milik dan berdekatan dengan semua kemudahan yang ada di sekitar hotel tersebut.

Lotus Hotel Masjid Jamek

Terletak betul-betul di tengah kotaraya dan sangat strategik lokasinya. Apa yang menarik bila menginap di sini?

  1. Hotel ini berdekatan dengan LRT Masjid Jamek. Jadi, korang bolehlah nak berjalan-jalan sekitar KL dengan menaiki LRT di sini. 
  2. Selain itu, korang pasti seronok bila dapat bershopping di KLCC, Times Square, Sogo dan lain-lain. Pengangkutan awam lain pun banyak seperti Rapid Bus, Bus Go KL City Bus (Free Tambang), Teksi dan Grab.
  3. Sepanjang penginapan korang di Lotus Hotel Masjid Jamek ni, korang bolehlah menikmati pemandangan dan berjalan kaki di laluan Masjid India hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk shopping murah-murah dan berbaloi.
  4. Nak ke Dataran Merdeka, Pasar Seni dan Petaling Street pun dekat. Pendek kata, korang boleh buat semua aktiviti ni dengan hanya berjalan kaki sahaja. 
  5. Tempat-tempat makan menarik pun banyak dan mudah didapati.

Dah tahu segala kemudahan dekat, jom Otomen bawa korang untuk mengintai bilik-bilik penginapan yang terdapat di Lotus Hotel Masjid Jamek.

Ada beberapa jenis bilik penginapan yang korang boleh pilih ketika menginap di sini. Antaranya adalah seperti

  • Standard Single – RMRM150 per night
  • Superior Single – RM170
  • Standard Double (no window)  –  RM200
  • Superior Double  –  RM270
  • Deluxe Double – RM250.00

Sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh layari maklumat tertera:

Website

http://masjidindia.lotushotel.com.my/http://lotushotel.com.my/

Alamat

Lotus Family Hotel Masjid India 45, Jalan Melayu, City Centre 50100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon

03 – 26921881

Lotus Hotel Medan Tuanku

Satu lagi cawangan Lotus Hotel terletak di Medan Tuanku. Kalau rasa di Masjid Jamek dah penuh, boleh terus pergi ke sini untuk menginap. Lokasinya terletak di pusat beli-belah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit, bangunan MARA, Pertama Kompleks, SOGO, Mydin dan JAKEL.

Kat sini juga korang jangan risau. Sebab masih terdapat pengangkutan awam, stesen LRT, Bas, Teksi dan Grab. Sangatlah senang dan selesa dengan segalanya ada di sini. Jalan-jalan cari makan pun mudah. Jom kita tengok sikit bilik penginapan yang ada di Lotus Hotel Medan Tuanku pula.

  • Single Room = RM105
  • Twin Room – RM140
  • Double Room – RM140
  • Deluxe Double Room – RM160
  • Triple Room – RM180
  • Family Room – RM220

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh layari maklumat tertera di bawah:

Website

https://lotus-family-medan-tuanku.allkualalumpurhotels.com/en/

Alamat

Lotus Family Hotel Medan Tuanku 2, Lorong Medan Tuanku 1, Chow Kit 50300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon

03 – 26941881

Selain tuh, korang boleh juga rasa masakan India di Restoran Lotus yang terletak di Petaling Jaya. Jom tengok apa Otomen nikmati masa berbuka puasa hari tuh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.