NKF Glow Run 2019 Penuh Warna-Warni dan Ceria Menyokong Padu Kesihatan Buah Pinggang

NKF Glow Run 2019 penuh warna-warni lampu neon dengan suasana yang meriah dan menyeronokkan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Pada 20 Julai 2019 lalu, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) telah menyambut ulangtahun ke-50nya dengan mengadakan NKF Glow Run, kira-kira jarak larian sejauh 5KM dan menyaksikan lebih 3,000 peserta telah mengambil bahagian dalam suasana yang ceria, gembira dengan ditemani lampu-lampu neon yang bergemerlapan.

Kalau diikutkan ini bukanlah acara larian pertama Otomen. Sedari sekolah lagi, Otomen memang aktif dalam acara larian. Jadinya, ia mungkin menjadi yang pertama dalam sejarah apabila pada hari itu bergandingan dengan isteri tersayang, Mrs. LeYa.

NKF Glow Run ini bertujuan mempromosikan tentang kesihatan buah pinggang dalam kalangan dewasa sambal meningkatkan kesedaran tentang penyakit buah pinggang kronik dengan aktiviti menyeronokkan dan menarik.

NKF Glow Run ini menjadi kenangan indah para peserta apabila memuatnaik gambar-gambar mereka dengan sempurna di laman Instagram dengan diceriakan lagi dengan lampu LED, food truck dan festival muzik yang menampilkan DJ Alexis Grace, DJ terkemuka di Malaysia.

NKF Glow Run juga menyaksikan pameran kereta dan motorsikal yang menampilkan konvoi kereta mewah, Volkswagen dan Harley Davidson.

Menerusi acara ini, NKF telah Berjaya meraih sejumlah tunai RM120,000 dengan 3 buah mesin dialysis bernilai RM121,900 dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua penderma. Kesemua hasil dan sumbangan yang diperoleh daripada NKF Glow Run akan disalurkan ke rawatan dialysis buat lebih daripada 1,700 pesakit miskin yang kini sedang menjalani rawatan di 28 buah pusat dialysis NKF di seluruh Malaysia. Dalam acara itu turut menyaksikan penyerahan 3 mesin dialysis dari H.T.C. Motorcycle Club, Global Heal Group dan Next Drive & Friends.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti akan datang NKF atau ingin menderma, boleh layari http://www.nkf.org.my/ atau hubungi 03 – 7954 9048.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.