Royal Floria Putrajaya (RFP) Lebih Meriah Dengan Tema “Mother of All Gardens”

Yeah!!! Saat yang Otomen nantikan tiba jua. Otomen dan LeYa memang suka melihat tanaman hijau ni. Ditambah pula ada bunga-bunga sedikit. Kalau kat rumah tuh, Puan LeYa kita memang suka sangat lah mencantikkan lamannya. Hehe… So… kesempatan Royal Floria Putrajaya (RFP) 2019 yang bakal diadakan tidak lama lagi ni, rasanya memang nak bawak la LeYa jalan-jalan kat sini. Siapa-siapa yang menantikan kedatangan RFP 2019 ini, jom Otomen ceritakan di sebalik keindahan bunga-bungaan yang menjadi simbolik buat WP Putrajaya ini.

Perbadanan Putrajaya (PPj) telahpun mengumumkan pengajuran Royal Floria Putrajaya (RFP) 2019 ini di Majlis Pra-Pelancaran Royal Floria Putrajaya bertempat di Taman Botani, Presint 1 Putrajaya dan telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan.

RFP 2019 yang sudah pun memasuki edisi ke-11 ini akan diadakan di Taman Botani, Presint 1 bermula 31 Ogos hingga 8 September 2019 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Bertemakan “Mother Of All Gardens”, festival ini akan mengetengahkan orkid dan bonsai sebagai bunga tema festival.

RFP 2019 dilaksanakan bagi memperkukuhkan dan menjenamakan imej Putrajaya sebagai “Bandar raya Berbunga” serta sebagai inisiatif PPj mengembangkan sector pelancongan dan membuka lebih banyak peluang perniagaan terutama dalam industry hortikultur dan florikultur.

Bertepatan dengan pertabalan YDP Agong yang lalu dan tema yang diketengahkan, RFP 2019 bakal mempamerkan 1 juta kuntum bunga-bungaan dari pelbagai spektrum warna termasuk lebih 500 variasi sepsis orkid, lebih 100 koleksi bonsai, 79 pameran taman dengan pelbagai tema dan reka bentuk.

Selain itu, terdapat juga pameran landskap dan florikultur yang memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyertai lebih 100 aktiviti harian berunsur edutainment, bengkel dan demonstrasi perkebunan antaranya FLORIA Fun Run, Aerobicthon bertemakan Glow In The Dark, Floral Fashion Show, Garden Talk, gubahan bunga, masakan DiRaja, persembahan artis jemputan dan banyak lagi.

Dalam pada itu, terdapat 5 buah negara menyertai festival ini iaitu Singapura, Thailand, Korea, Taiwan, Indonesia dan dianggarkan seramai 500 ribu pengunjung akan berkunjung sepanjang festival berlangsung.

Bayaran tiket masuk ke RFP 2019 juga sangat murah dan berbaloi.

Warganegara Malaysia

Dewasa RM5

OKU/Kanak-Kanak/Warga Emas RM3

Warganegara Asing

Dewasa RM10

OKU/Kanak-Kanak/Warga Emas RM6

Bagi yang ingin serta 5KM Floria Fun Run #FFR yang akan berlangsung pada 7 September 2019, boleh terus menerusi laman web di bawah.

http://jomrun.com/event/floria-fun-run-2019

http://www.ticket2u.com.my/event/14312

http://howei.com/event_details/floriafunrun2019

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.