
Makanan Jepun dan Korea bukan asing lagi di negara kita Malaysia. Kalau korang perasan, setiap Mall pasti ada menyediakan restoran-restoran makan yang berasal dari sana. Macam-macam jenama ada. Otomen pun dulu tak lah minat sangat dengan makanan dan minuman Korea atau Jepun ni. Tapi semenjak Puan LeYa ni suka makan makanan sana, jadinya Otomen pun terminat la jugak. Tapi kali ni Otomen bukan nak bawak makan makanan berat-berat ye. Otomen nak korang rasai satu dessert sedap dari Jepun ni. Jom!

Untuk pengetahuan korang semua, MyKori Dessert Café – Equine Park ni terletak di Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor. Dan kalua korang nak tahu lagi, ia merupakan sebuah café yang berkonsepkan café tradisional Jepun dan menu-menu yang dihidangkan disebut Kakigori atau dikenali sebagai pencuci mulut. Ada banyak jenis pencuci mulut yang korang boleh try.



Kat sini, lepas korang dah tengok pilihan pencuci mulut pada menu yang disediakan, bolehlah korang tunggu di tempat yang disediakan. Memang luas dan cantic café ni. Apa orang kata tuh… Café berkonsep ala hipster. Antara desserts yang kami dah pilih adalah:
- HoneyDew Kakigori = RM26.00
- Boru Kakigori = RM14.00
- Chocoreo Kakigori = RM12.00

Memang best dapat lepak-lepak lepas penat bekerja dengan insan tersayang kat sini. Perut pun rasa sejuk jer bila dapat menikmati kelazatan aiskrim dari Jepun ni. So?? Apa tunggu lagi? Jom ajak kawan-kawan untuk dating dan rasai kelazatan hidangan desserts Jepun ni.
Nak tahu lebih lanjut, boleh layari maklumat tertera di bawah:
Alamat
No 1-1, Jalan Equine 1A, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Isnin – Ahad (1.00pm – 11.00pm)
https://www.facebook.com/MykoriEquinePark/
https://www.instagram.com/mykoridessertcafe/
Memang sedap dan terbaik desserts kat sini. Nanti kita ulang lagi ye.. Hehehe..
Okay… Jom…Sayang belanja…manje bayar… Hahaha..