Berpagian CSR Menanam Pokok di FRIM, Kepong

Berpagian di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong – Kelapangan pagi Sabtu lalu, Otomen bersama LeYa menjalankan satu aktiviti sihat menanam pokok dalam Program CSR Tanam Pokok yang dianjurkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Institut Perangkaan Malaysia (ISM). Penganjuran aktiviti Tanggungjawan Sosial Korporat (CSR) ini dilaksanakan bersempena Kongres Statistik Dunia ISI ke-62 (ISI WSC) 2019. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam aktiviti ini datang dari delegasi tempatan dan antarabangsa Kongres Statistik Dunia ISI ke-62 (ISI WSC) 2019.

Majlis Latihan Penanaman Pokok CSR ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan ke-62 ISI World Statistics Congress 2019 di FRIM, Kepong pada 17 Ogos 2019. Untuk pengetahuan korang juga, ISI WSC 2019 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 18 hingga 23 Ogos 2019. Kongres ini akan menyaksikan perhimpunan komuniti statistik dari seluruh dunia untuk membincangkan pembangunan, cabaran dan inovasi dalam bidang yang berkaitan dengan sains statistik. Kongres ini yang juga sangat berprestij akan meletakkan Malaysia di pusat perhatian dan akan mendorong peranan Malaysia dalam meningkatkan pembangunan sains statistik.

Menanam pokok adalah aktiviti yang sihat dan digalakkan. Ia bertujuan membendung segala kerosakan alam sekitar dan sebagai menyokong kempen Green Malaysia dengan mengimbangi sebahagian daripada jejak karbon yang disebabkan oleh perkembangan pesat. Kira-kira terdapat 40 anak pokok yang terdiri daripada spesies flora hutan asli Malaysia ditanam pada hari itu..

Jadi, dengan adanya aktiviti seperti ini ia mampu menyumbang kepada kesedaran umum tentang pemulihan dan pemuliharaan hutan yang mana ia adalah asset negara tidak ternilai.

Apa-apa pun, bangun pagi dan singgah di FRIM, Kepong ini merupakan aktiviti yang sangat best. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website

https://www.frim.gov.my/

Facebook

https://www.facebook.com/FRIMKepong/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.