Membentuk Pemimpin Abad-21 Yang Kental, Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman Penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

Bila bercakap tentang perunding kewangan mesti korang semua dah boleh teka kan? Siapa lagi kalua tak Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group (FGG). Kira Otomen langkah kanan lah kan dapat bertemu dengan beliau dan menemu ramah kejayaan beliau. Nak tahu apa yang menarik lagi? Jom teruskan bacaan…

Untuk pengetahuan semua, Otomen berkesempatan ke Pameran dan Persidangan Muslim World Biz yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kuala Lumpur Convention Centre. Pameran dan persidangan ini telah memasuki edisi ke-9 penganjurannya.

Fokus Utama persidangan ini adalah Forum Meja Bulat yang mengangkat tema “Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Adversity” dan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 sebagai salah satu usaha bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa.

Acara ini berlangsung selama 3 hari bermula 4 hingga 6 September 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Ia turut menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pemain-pemain industry, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan.

Antara topik Utama yang Otomen terangkan di awal perenggan tadi, pengasas FGG iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman telah dijemput menyampaikan World Class Talk bertajuk “Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders” di hadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam.

Selain itu, Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman juga adalah penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 dalam penyampaiannya yang telah berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad ke-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.

Financial Genius Group (FGG) di bawah pimpinan beliau juga turut tidak ketinggalan mengambil peluang yang ada ini untuk memperkenalkan organisasi ini kepada semua orang dengan menyertai pameran yang diadakan. Diharapkan FGG mampu meluaskan empayarnya agar lebih dikenali di peringkat global sebagai sebuah organisasi kewangan terbaik dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial di bawah

Website

https://www.mahadibz.com/

Facebook

https://www.facebook.com/fgg.financialgeniusgroup/

Instagram

https://www.instagram.com/financial.genius.group/

Advertisements

One thought on “Membentuk Pemimpin Abad-21 Yang Kental, Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman Penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.