Mamee Slrp! Kari Xtra Pedas – Berapi Mulut!

Hey korang!!! Entah kegilaan apa kali ni Otomen menyahut seruan cabaran #PedasChallenge demi program dalam Propa.TV. Gigih la Otomen dan 2 lagi sahabat berkompromi mencuba selera pedas amat tu. Tapi actually sebelum ni dah pun pernah makan Maggi Pedas Ayam Bakar 2X, Samyang dan Ayam Goreng Mekdi 3x Spicy.

So… Kiranya ni bukanlah yang pertama Otomen mencuba makan pedas yang terlampau. Kisahnya dua hari lepas, lepas Otomen pulang dari tempat kerja, kawan-kawan Otomen datang ke rumah dan berbual-bual mesra sambal mencari waktu yang sesuai untuk menikmati kelazatan (Eh! kepedasan melampau) Mamee Slrp! Kari Xtra Pedas.

Sebelum tu, jom kita masak dahulu. Cara masak dia senang jer. Panaskan air. Masukkan perencah dan biarkan mendidih seketika. Kemudian, masukkan mee segera jenama Mamee Slrp! Kari Xtra Pedas tu. Tunggu dia lembut, dan lepas tu bolehlah dihidangkan.

Demi sahutan cabaran Subcribers, kami memasak 5 paket untuk 3 orang makan. Hahaha… Banyak guys! Tengok lah seperiuk terus dihidangkan. Okay… Jom makan!

Sebelum makan, baca doa makan dulu. Dan… nikmatilah ke’azab’an yang akan dirasai sebentar lagi. Hahaha…

Pergghhhh…. Suapan pertama dah terasa kepedasannya. Tak boleh bawak bincang pedas dia ni. Bukan main-main taw! Seriously. Tapi kami gentle. Kami tetap menghabiskannya sehingga ke titik peluh yang terakhir.

To all yang tak tahan pedas, yang ada sakit perut, Otomen memang tak sarankan. Ni pun cukuplah sekali cubaan. Lepas ni nak makan pedas tunggu next month lah ye! Sebab Otomen kena jaga juga kesihatan perut ni.

Nahhh… kasi layan di TV Online kami. Jangan lupa LIKE dan SUBSCRIBE ye guys. Thanks and love you all.

Advertisements

One thought on “Mamee Slrp! Kari Xtra Pedas – Berapi Mulut!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.