DASHING dan Juventus Umum Kerjasama Eksklusif

DASHING, jenama penjagaan peribadi lelaki terkemuka Malaysia telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan kelab bola sepak Eropah yang terunggul; Juventus. Kesepakatan ini dapat mengukuhkan reputasi DASHING sebagai lambang maskulin dan keperibadian lelaki moden sejajar dengan peredaran masa.

Diasaskan pada tahun 1897 di Turin, Itali, Juventus telah bangkit menjadi salah satu kelab yang terulung di dalam liga bola sepak Itali serta merupakan kelab profesional pertama Itali yang mempunyai pangkalan peminat yang besar. Dengan kelebihan pemain-pemain yang berbakat tinggi dan dikagumi oleh seluruh peminat bola sepak di serata dunia, Juventus sejak 122 tahun yang lalu sehingga kini telah berjaya mempertahankan tradisi kejuaraannya.

Baru-baru ini, Juventus telah mencatatkan satu lagi peristiwa yang penting dalam senarai panjang pencapaian sejarah mereka dengan memenangi lapan gelaran Serie A secara berturut-turut.

“Bola sepak merupakan sebahagian besar daripada kehidupan lelaki rakyat Malaysia” – ujar En. Krishnamurthy Sriram – Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia. “Bola sepak bukan hanya sekadar sukan – ia adalah titik semangat, yang mampu menyatukan rakan-rakan kita bersama. Setiap pemain Juventus melambangkan semangat kesepasukanan, kebersediaan untuk saling menyokong juga kreativiti yang tinggi untuk menggapai kemenangan – kualiti yang sama dengan Jejaka DASHING”.

Tambahan En. Krishnamurthy Sriram “Dengan adanya kerjasama ini, DASHING bakal membawa keajaiban kepada kelab bola sepak Juventus yang sangat dikagumi, dan menjadikannya tersedia untuk peminat-peminat tegar di Malaysia melalui rangkaian produk dandanan lelaki. Ini menjadikannya satu permulaan baharu dalam sejarah 25 tahun DASHING sebagai jenama penjagaan peribadi pilihan unggul untuk jejaka Malaysia. Ini juga merupakan gabungan dua juara yang tidak boleh dipertikaikan- Juventus dan DASHING”.

Turut menzahirkan kegembiraan dalam kerjasama profilik ini ialah En. Giorgio Ricci, Ketua Pegawai Hasil Juventus “Kami dengan senang hati mengumumkan Kerjasama Serantau baru ini dengan DASHING, sebuah syarikat terkemuka dalam sektor penjagaan peribadi lelaki di Malaysia dan Brunei, serta sebahagian daripada salah satu kumpulan perindustrian yang paling penting di Asia, WIPRO”.

Kerjasama ini bakal menjamin Kelab Juventus akan lebih mesra bersama peminat dalam arenanya melalui pemasaran produk yang berjenama bersama yang akan dilancarkan pada tahun 2020. Pada masa yang sama, DASHING turut menawarkan pelanggannya dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan selari dengan perkembangan semasa dan sejarah milik Bianconeri.

Selain kempen pengiklanan dan promosi publisiti menyeluruh 360 darjah, kerjasama ini akan menyaksikan pelancaran pelbagai rangkaian penjagaan peribadi lelaki kolaberasi DASHING bersama Juventus pada Mac 2020. Ianya merangkumi produk seperti semburan wangian, deodoran, sabun mandian badan dan penjagaan rambut. Produk-produk edisi terhad ini akan dijual dengan POSM yang dihiasi Bersama jersi rasmi pasukan hitam dan putih di seluruh kedai dalam negara.

Tambahan pula, bagi menyemarakkan lagi pengalaman bersama pengguna DASHING-Juventus, enam peminat bertuah akan berpeluang untuk mengeksplorasi bandar Turin sebagai “pengalaman yang tidak ternilai” di mana peminat-peminat ini boleh menyaksikan pasukan mereka secara langsung di dalam Stadium Allianz – tuan rumah Juventus dan bersua muka bersama pemain-pemain idola mereka.

“Pengalaman tidak ternilai ini adalah salah satu cara untuk kami menghargai para pengguna yang telah menyokong DASHING tanpa rasa jemu, dan ini sudah pasti merupakan peluang seumur hidup yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat tegar Juventus” ulas En.Venkat Jangam – Pengurus Pemasaran, Wipro Unza.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.