AIMSMET & ICM,UK Bekerjasama Meningkatkan Kemahiran Pekerja Muda Malaysia Dalam The Skills Apprenticeship Model

AIMSMET GLOBAL di bawah Kumpulan AIMSMET telah melancarkan “Earn while you Learn” – Program Penajaan Industri (ISP) ke Skim Perantisan Kemahiran untuk Masa Depan Berkemahiran Malaysia dengan kerjasama Institut Pengurusan Perdagangan (ICM), United Kingdom.

Fokus Utama program ini adalah untuk menarik golongan muda Malaysia, tanpa mengira pengalaman mereka, ke dalam alam pekerjaan dan mempersiapkan diri dengan kemahiran dan pengalaman yang bersesuaian di bawah program ICM.

Pelancaran ini telah dikelolakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Selain itu, Pengerusi Kumpulan AIMSMET, Profesor Dato’ Dr Jayles Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Komersial, Encik Adair Ford dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Gaya Hidup AIMSMET, Cik Alice Hoang telah membuat lawatan rasmi ke pejabat Menteri dan pengesahan itu dimeterai menerusi tandatangan plak oleh Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif ICM, UK.

Penekanan Pendidikan & Latihan Teknikal Kepada Golongan Muda

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ada menegaskan bahawa kerajaan akan menekankan Pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) di bawah Visi Kemakmuran Bersama dalam usaha meningkatkan peluang pekerjaan khususnya kepada rakyat menerusi kecekapan skill kemahiran.

Menurut Tun Dr Mahathir lagi, TVET memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran pekerja dan latihan terlebih dahulu.

Pelancaran ISP untuk Skim Perantisan Kemahiran Bersama AIMSMET LIFESTYLE SERVICE sebagai perintis adalah program yang tepat pada masanya selaras kempen kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia dan meningkatkan kecekapan mahir di kalangan belia untuk bergerak ke arah ekonomi digital.

Menerusi Jawatankuasa Pemantauan Kemahiran Kritikal (CSC), dua pekerjaan yang berada di tahap kritikal dan kekurangan tenaga kerja adalah pekerjaan dalam bidang perkhidmatan dan jualan. Antara sebabnya ialah kurang fasih berbahasa Inggeris, kurang kemahiran komunikasi, kurang skill perkhidmatan pelanggan dan kurang dari segi keupayaan pembahagian tugas.

Oleh yang demikian, sector runcit terutamanya dalam bidang penyediaan makanan memerlukan penyelesaian segera untuk melatih rakyat Malaysia terutama lepasan sekolah mengisi jurang ini.

Bersempena dengan pelancaran “Earn while you Learn” – Program Penajaan Industri, satu perbincangan panel telah diadakan mengenai topik “Peralihan Paradigma dalam Pendidikan & Latihan – Model Perintis Mahir”. Seramai 200 pelajar university, pendidik dan mereka yang bergiat aktif dalam industri hadir untuk memperoleh pengetahuan dan pandangan industri.

Antara ahli panel yang hadir ialah Dato’ Sri Michael Kang, Presiden SME Malaysia, Datuk Dr Chef Wan, Chef Selebriti, Datin Winnie Loo, Pengasas A Cut Above, Dr Janson Ang, Pengasas The Giving Bank Organization dan Encik Adair Ford, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Komersil, UK. Turut hadir ialah Prof. Dato’ Dr Jayles Yeoh, Pengerusi Kumpulan AIMSMET yang juga merupakan moderator ketika siding forum berkenaan.

Meningkatkan Pemimpin Industri dan Perniagaan Dari Seluruh Golongan Muda

Menurut Prof. Dato’ Dr Jayles Yeoh, Pengerusi AIMSMET Group, “Tujuan Program Penajaan Industri ini adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan dan mempercepatkan proses pengeluaran pekerja yang berpengetahuan di dalam sector swasta. AIMSMET bercita-cita tinggi untuk merevolusikan pemikiran akademik dengan memperkenalkan Pendidikan kehidupan sebenar.”

Dengan sokongan berterusan daripada pihak kerajaan dan swasta, cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju global dalam menyediakan Pekerja Pengetahuan Berkualiti Tinggi untuk pelbagai industri dapat direalisasikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.