Tempat Menarik Untuk Bercuti Bersama Keluarga Di Saza Beach Villa & Chalets, Kuala Linggi, Melaka

Okay… Cerita ni sebenarnya adalah percutian bulan Oktober lepas. Percutian ni pun dirancang oleh Adik Ipar Otomen Bersama isterinya merangkap adik LeYa untuk menyambut Hari Kelahiran anaknya yang diberi nama panggilan Ayern atau nama penuh Ahmad Aryan Rizkqi yang ke-3 tahun.

Percutian singkat dengan keluarga terdekat. Bersantai di pesisir pantai Kuala Linggi, Melaka memang cukup mempesonakan kerana memiliki pantai yang bersih, cantik dan selamat untuk beristirehat. Dan kami pun memilih sebuah resort yang agak baru dan trendy sesuai dengan citarasa iaitu Saza Beach Villa & Chalets.

Saza Beach Villa & Chalets adalah sebuah villa berkeluasan 20,000 kaki persegi bertempat di atas tanah seluas 1.5 ekar. Hanya 1 setengah jam dari Kuala Lumpur, Otomen janji villa ini sangat ideal untuk mereka yang ingin berehat, mengadakan hari keluarga atau hari Bersama team syarikat.

Villa ini memiliki 7 bilik termasuk ruang solat. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik air dan central hot water, aircond dan katil. Ruang tamu, ruang makan dan dapur juga disediakan aircond. Terdapat beranda yang seluas 2,000 kaki persegi menghadap laut menjadikan ia lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam. Di tepi kiri Villa terdapat sebuah kolam renang yang indah dan unik. Manakala di tepi kanan Villa terdapat sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan 10 buah bilik lagi untuk tambahan pengunjung yang datang. Di bahagian bawah, ada sebuah Dewan Besar yang menghadap laman dan pantai. Laman yang cukup luas untuk bilangan keluarga yang ramai.

Setibanya Otomen di situ, Otomen dan LeYa pun memulakan rondaan resort yang sangat cantik itu.

Dalam pada menunggu ahli keluarga lain tiba, kami yang awal terlebih dahulu dah masuk bilik untuk meletakkan beg pakaian yang dibawa. Suasana bilik pun cukup selesa dengan lengkap segala kemudahan seperti di hotel.

Usai solat Asar, kami meneruskan agenda meraikan Sambutan Hari Lahir Ayern Bersama beberapa lagi ahli keluarga yang lahir jatuh pada bulan Oktober. Majlis ringkas tetapi meriah dengan telatah masing-masing.

Selesai makan-makan, kami pun memulakan aktiviti bebas. Ada yang terus mandi kolam. Otomen dan seorang lagi terjun laut la. Kemudian, memancing dengan beberapa ahli keluarga. LeYa pula memilih untuk rehat di bilik memandangkan dia tidak berapa sihat dua-tiga hari tu.

Acah monyet pulak Otomen beraksi…Hehehe

Malam pula kami beraktiviti BBQ dan santai seperti biasa. Aktiviti yang cukup mudah dan tidak memberatkan. Betul-betul datang untuk menenangkan fikiran setelah penat bekerja.

Keesokannya sebelum pulang, kami bergambar dulu sebagai kenangan.

Bagi yang ingin bermalam di sini boleh hubungi 018-296 3315 / 011-2193 1313 atau layari laman web Saza Beach Villa & Chalets dan laman Facebook mereka untuk maklumat lanjut.

Alamat | Saza Beach Villa, Lot 449, Jl. Dato’ Wan Saleh, Kampung Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

One thought on “Tempat Menarik Untuk Bercuti Bersama Keluarga Di Saza Beach Villa & Chalets, Kuala Linggi, Melaka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.