Bad Lab dan Watsons Anjurkan Pertandingan Gaming The BAD Duel

Seperti yang sedia maklum, industri esukan atau gaming semakin pesat berkembang di negara kita, Malaysia. Baru-baru ini, Otomen ada menghadiri satu majlis pelancaran di antara Bad Lab dan Watsons Malaysia bergabung tenaga menganjurkan pertandingan “THE BAD DUEL” di Vanity Atrium, Sunway Velocity, KL.

Pertandingan The BAD Duel merupakan signifikasi kerjasama di antara kedua-dua jenama besar itu. Pertandingan bakal menyaksikan peserta-peserta yang dikenali ramai di arena gaming dari seluruh Asia untuk merebut hadiah dan wang tunai yang ditawarkan.

Buat julung kalinya, jenama penjagaan diri dan jenama kecantikan dan kesihatan berkerjasama mengangkat segmen esukan di Malaysia dan seterusnya menghangatkan lagi pasaran esukan yang semakin berkembang pesat.

Dalam pertandingan itu, ia dibahagikan kepada dua fasa di mana para peserta terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian dan bermain permainan video yang telahpun dipilih oleh penganjur untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Kemudian, setelah peserta cemerlang, justeru layak ke pusingan kedua yang akan dijemput untuk menghadiri acara ‘on-ground’ yang bakal berlangsung di Sunway Velocity bagi pusingan Separuh Akhir dan Akhir The BAD Duel. Permainan yang telah dipilih untuk dimainkan para peserta adalah Tekken 7 dan Dota 2.

Pertandingan The BAD Duel juga akan disiarkan secara langsung di skrin besar lokasi dengan komentari terkini daripada pengulas esukan yang telah dipilih. Ini pasti menarik ramai pengunjung untuk melawat tapak pertandingan dan menggalakkan pemain baru untuk berinteraksi dan berbincang tentang esukan di kalangan umum.

Bukan itu sahaja, malah buat pertama kali dalam sejarah, esukan telah diiktiraf sebagai acara sukan berpingat di Sukan SEA ke-30 yang bakal diadakan di Filipina tidak lama lagi. Seiring dengan perkembangan ini, Bad Lab dan Watsons ingin bekerjasama dan mungkin juga berkolaborasi dengan jenama-jenama relevan lain untuk pembangunan industri gaming ini. Pertandingan The BAD Duel ini telah direka dan dianjurkan sebagai pengenalan bagi acara-acara yang lebih menarik di masa akan datang.

Maklumat lanjut, boleh layari

www.badlabco.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.