Baru-baru ini Otomen menghadiri ke majlis pelancaran Festival Putrajaya LIFT (Literacy in Financial Technology) 2019 yang akan diadakan pada 28 & 29 Disember 2019. Apa yang menariknya tentang program ini ialah ia bermatlamatkan pemerkasaan celik kewangan dan membina masyarakat digital. Festival Putrajaya LIFT ini mempamerkan literasi teknologi kewangan pada masa kini dan hadapan serta merupakan kerjasama Bersama Bank Negara Malaysia dan industri kewangan di Malaysia.

Festival ini juga memberi pengunjung melawat ke Pavilion Kewangan Digital (pameran Utama) serta turut menyediakan seminar, bengkel, ceramah dan pameran menarik daripada institusi kewangan dan syarikat fintech. Terdapat pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan termasuk kaunseling kewangan, penyelesaian pertikaian, aktiviti kanak-kanak, pembiayaan kewangan untuk PKS dan perumahan, semakan CCRIS dan informasi mengenai penipuan kewangan yang semakin berleluasa hari ini.


Festival Putrajaya LIFT 2019 akan ditempatkan di tiga lokasi strategic iaitu Menara Perkeso@Putrajaya, Bangunan SUasana PJH dan Kompleks Kementerian di Putrajaya. Festival ini berkonsepkan seronok dan interaktif dengan persembahan seni dan teknologi yang turut memberi gambaran kewangan masa hadapan.

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari laman web www.putrajayalift.com