Travelog Perak | 5 Tempat Menarik Yang Wajib Diterjah

Sekejap betul masa berlalu kan. Dah nak masuk Tahun Baru 2020. Ada apa dengan Tahun 2020 ni? Bersempena Tahun 2020 ni, ia merupakan tahun melawat Malaysia. Sudah pasti ramai pelancong dari dalam negara sendiri dan juga luar negara akan datang melancong ke Malaysia untuk melihat keindahan yang ada di negara kita ini.

Perak ialah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai banyak tempat-tempat pelancongan menarik. Ia terkenal dengan pelancongan alam semulajadi, pantai dan pulau, taman tema serta beberapa tarikan lain. Jika korang ingin beristirehat, menenangkan diri dan melupakan bebanan tugas atau kekusutan fikiran, korang boleh memilih mana-mana lokasi yang sesuai dari senarai tempat menarik untuk percutian di Perak yang Otomen nak kongsikan di bawah ni. Jom!

1. Muzium Perak di Taiping

Muzium Perak di Taiping merupakan muzium pertama dan tertua di Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1883 oleh Sir Hugh Low, Residen British yang keempat (1877 – 1889). Muzium ini mengenai sejarah semula jadi terutamanya Etnografi, Zoologi, Botani dan Geologi.

Alamat | Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Negeri Perak

Waktu Operasi | 9.00 pagi – 6.00 petang

Harga Tiket

Malaysia (RM2 Dewasa & RM1 Kanak-Kanak)

Bukan Malaysia (RM5 Dewasa & RM2 Kanak-Kanak)

2. Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping adalah taman zoologi yang terletak di Bukit Larut, Taiping. Ditubuhkan pada tahun 1961, Zoo Taiping adalah zoo tertua di Malaysia. Ia meliputi 34 hektar dan mempamerkan 1,300 haiwan mewakili spesies amfibia, mamalia dan reptilia. Ia juga mempunyai Safari Malam atau Night Safari.

Alamat | Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak

Waktu Operasi | 8.00pagi – 11.00 malam

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Tiket Zoo168
Tiket Zoo (untuk org Taiping/Selama/Bagan Serai)84
Night Safari2010
Tambang TremPercumaPercuma

Website | https://zootaiping.gov.my/

3. Bermalam di Hotel Seri Malaysia, Ipoh

Hotel Seri Malaysia, Ipoh terletak di lokasi strategik bersebelahan dengan Ipoh Turf Club dan juga di tengah Bandaraya Ipoh. Hotel ini dilengkapi kemudahan moden dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan terbaik dan amat memuaskan. Hotel ini juga menawarkan bilik mesyuarat untuk acara dan lain-lain.

Alamat | Lot 10406, Jalan Sturrock, Off Jalan Tambun, 30350 Ipoh, Perak

Website | https://www.serimalaysia.com.my/my/hotels/hsmipoh

4. Jelajah Bandar Ipoh Dengan Perak Hop-On Hop-Off (HOHO)

Kalau dah datang Ipoh tu, tak lengkap kalau korang tak try naik Perak Hop-on Hop-off Bus ni. Pusing-pusing Bandaraya Ipoh, melihat pemandangan dari atas bas memang sungguh mengagumkan! 

Antara lokasi yang akan dibawa jelajah ialah:

👉Ipoh Heritage Trail
👉Concubine Lane
👉Kong Heng Artisan Square
👉Ho Yan Hor
👉Ipoh Mural Art

Harga Tiket

 MalaysiaBukan Malaysia
DewasaRM20RM55
Kanak-Kanak (2-12 tahun)RM10RM20
Warga Emas (60 tahun ke atas)RM10RM20

5. Melawat Kellie’s Castle

Kellie’s Castle (juga dikenali sebagai Kellie’s Folly) merupakan sebuah istana yang terletak di Batu Gajah, Daerah Kinta, Perak. Rumah yang belum siap ini telah dibina oleh seorang peladang Scotland bernama William Kellie-Smith. Ia merupakan hadiah untuk isterinya atau rumah untuk anaknya. Kellie’s Castle terletak di sebelah Sungai Raya yang mana ia merupakan sebuah sungai kecil ke Sungai Kinta.

Nak tahu lagi? Kenalah datang dan lihat sendiri. Yang bestnya port untuk bergambar sangat cantik sangat tau korang…

Alamat | 31000 Batu Gajah, Perak

Waktu Operasi

Isnin – Khamis (9.00 pagi – 5.30 petang)

Jumaat – Ahad (9.00 pagi – 6.00 petang)

Harga Tiket | RM5 sahaja

Sebenarnya banyak lagi destinasi menarik yang boleh dikunjungi bila berada di Perak. Ini merupakan suku yang Otomen ceritakan. Kalau Panjang-Panjang sangat dikhuatiri korang bosan dan jenuh nak membaca. Hehehe… Kalau korang rasa bermanfaat dan suka dengan artikel ni, Otomen rasa terharu jika ada perkongsian dari korang semua. Terima kasih!

One thought on “Travelog Perak | 5 Tempat Menarik Yang Wajib Diterjah

  1. Illya LeYa says:

    Memang tak cukup 2 hari kalau nak jelajah seluruh Perak. Perak sangat banyak destinasi yang menarik. Jom cuti-cuti Malaysia ke Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.