
Pelik Tapi Benar | Hari Perayaan Tanpa Seluar – Itulah yang Otomen nak kongsikan. Seperti yang kita tahu, seluar merupakan salah satu fesyen yang semakin berkembang pesat tidak kira kepada golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak. Ia akan menampilkan seseorang itu lebih segak dan bergaya ketika melakukan pelbagai aktiviti harian seperti ke tempat kerja, sekolah, bersukan dan lain-lain.
Namun, bagi sesetengah orang di negara-negara Barat, mereka merasakan memakai seluar sesuatu yang menyusahkan dan melambatkan. Oleh itu, pada tanggal 11 Januari setiap tahun, sebahagian daripada mereka akan menanggalkan seluarnya.
Mereka akan menjalankan aktiviti harian seperti biasa tanpa memakai seluar. Bunyi macam lawak dan tak masuk akal kan? Tapi, itulah yang berlaku. Korang rasa ia sesuatu yang unik atau pelik? Yang pasti, mereka tidak rasa malu dan takut melakukan aktiviti tanpa seluar. Hahaha…

Tidak tahu dari mana asalnya, tetapi tradisi ini telah bermula sejak tahun 2002 lagi di New York. Kebanyakan yang mengikuti tradisi ini dari sesebuah komuniti tertentu, yang sememangnya tidak kekok melakukannya.
Tidak kira lelaki mahupun wanita, semuanya akan melakukannya. Dalam gambar-gambar di atas, kelihatan mereka melakukan aktiviti harian seperti berada dalam keretapi, tempat-tempat awam dan lain-lain tanpa mengenakan seluar.
Kini, komuniti ini semakin berkembang ke pelbagai negara seperti Switzerland, Kanada, London, Milan dan Amerika Syarikat sendiri. Mereka tanpa rasa malu dan takut berkongsi gambar tentang aktiviti harian yang dilakukan tanpa seluar.
**Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam yang mementingkan aurat ni, janganlah ditiru budaya ini. Cukuplah sekadar tahu supaya tidak rasa pelik bila ke sana nanti.
Sumber : http://zamrispoon.blogspot.com/
Pelik-pelik kan budaya masyarakat di dunia ni… Hehehe.. Baru tahu..