Aktiviti Mencari Kupang di Pantai Pasir Panjang, Port Dickson

Sepanjang dah masuk 4 bulan duduk di Port Dickson ni dan survey port best untuk Otomen memasang jala atau memancing, hari tu jalan-jalan la dengan My Wife di Pantai Pasir Panjang, yang kononnya nak tenangkan fikiran. Dan, ternampaklah akan segerombolan kupang terdampar di tepi pantai di celah-celah batu. Ahahaha… Acah poning betul ayat kaw ni Otomen oooiii… Ok..jom teruskan membaca!

Untuk pengetahuan semua, Pantai Pasir Panjang ni agak jauh daripada Bandar Port Dickson, kira-kira 15km jugak. Kat sini lah terdapat satu kedai Ikan Bakar yang menjadi tumpuan pelancong kalau teringin nak makan Ikan Bakar selain dari Melaka. So, Otomen dengan aktiviti Otomen iaitu jalan-jalan sambil melihat para pemancing khusyuk memancing ikan di laut.

Seperti kebiasaan wanita, memang tabiat LeYa lah tu kat mana-mana tempat mesti nak posing gambar. Hehehe…. Dalam perjalanan nak balik dari atas jambatan tu, mata tepat memandang ke bawah di celah-celah batu ada kupang di situ. Jadinya, Otomen turun ke bawah dan melihat-lihat apa yang menarik di situ.

Sepeninggalan Otomen tidak sampai 15minit, LeYa terkejut apabila Otomen berjaya mengutip kupang sehingga penuh plastik yang kira-kira 4kg jugak kalau beli di pasar.

“Orang dah minat ke laut, memang akan cari lah hasil…” melawak dengan My wife..

Hari dah nak menjelang Maghrib. Eloklah bersiap untuk balik rumah dan tunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Usai solat Maghrib, Otomen pun lantas membersihkan kupang-kupang yang dicari tadi dan kemudian rebus di dalam kuali.

Siap direbus. Apa lagi? Kasi licinkanlah. Nak-nak kupang segar dari laut kan. Memang manis isinya. Sedap bak hang! Korang nak ker? Jemput tengok gambar je lah ye.. Hahaha

Jom tengok jugak video Otomen dari mula mencari sehingga selesai makan.

One thought on “Aktiviti Mencari Kupang di Pantai Pasir Panjang, Port Dickson

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.