Achieve Your Target Dalam Program Nak Ubah Hidup 2020

Program Nak Ubah Hidup 2020 adalah program motivasi terkemuka yang sedang hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat. Dengan lebih daripada 10,000 peserta telah dibimbing oleh Dr Azizan Osman, pastinya ia adalah pilihan tepat untuk peserta yang bergelar usahawan. Otomen Taro juga berkesempatan menyertai program NUH 2020 ini. Nak tahu apa ilmu yang menarik ketika Otomen dapat di sana, ikuti bacaan di Blog Otomen sehingga habis ye!

Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut anjuran RichWorks International bersama pengasasnya, Dr Azizan Osman bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Program yang seramai 13,000 peserta dari Malaysia, Brunei dan Singapura ini telah membanjiri Setia City Convention Centre (SCCC) dari pagi hingga malam.

Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, RichWorks dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa dengan perniagaanlah dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih ada juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.

Hari ini, hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari pelusuk negeri seperti Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain. Ini menunjukkan usahawan dari luar bandar juga dibantu dan dibina.

Tetamu Istimewa Kehadiran YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia

Kejutan di hari kedua yang memberikan peserta lebih bersemangat adalah kunjungan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke Program Nak Ubah Hidup 2020.

Apa Kata Pelajar Yang Kini Sudah Berjaya Dengan Perniagaan Mereka?

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

Seterusnya, Siti Noor Sabrina dari Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini, beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.

Apakah Pengisian RickWorks?

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Fokus utama RichWorks adalah menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian – Richworks.com untuk Inspire, Educated & Add Value kepada komuniti seluruh dunia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks – Titanium dan SPIRE. Antara topik dan pengisian program kami adalah:

  • Pengurusan Bisnes
  • Pemasaran
  • Jualan
  • Pematuhan Undang-Undang
  • Perakaunan & Percukaian
  • Operasi
  • Kepimpinan
  • Pembangunan Diri
  • Pelaburan

www.NAKUBAHHIDUP.com

One thought on “Achieve Your Target Dalam Program Nak Ubah Hidup 2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.