Buffet Ramadhan Hotel Hilton PJ Menawarkan “Nostalgia Tan Sri P. Ramlee”

Sekejap je rasa kan dah nak puasa balik. Sebelum melangkah lebih jauh lagi, ni Otomen nak bagitahu korang-korang semua yang Hotel Hilton Petaling Jaya menawarkan Majlis Makan Malam atau Berbuka Puasa sempena Ramadhan al-Mubarak dengan bertemakan “Nostalgia Tan Sri P. Ramlee” sebagai memperingati dan menghormati artis lagenda Malaysia itu. Majlis berbuka puasa itu akan diadakan di Restoran Paya Serai yang terletak di level bawah hotel.

Dengan persekitaran yang kemas dan teratur, promosi “Chup! Makan Dulu” membuatkan kita kembali mengimbau ketika bermain Chup! dulu-dulu. Menu-menu yang ditawarkan di sini hampir kesemuanya enak dan memberikan ruang serta masa untuk dihabiskan bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Peminat lagenda Tan Sri P. Ramlee juga pasti akan teruja dengan hidangan kegemaran ramai yang semestinya Halal yang terdiri daripada lebih 350 hidangan dan 30 gerai.

Jangan risau! Kualiti makanan yang dihidangkan memang sedap dan terbaik. Di samping memaparkan makanan kegemaran Tan Sri P. Ramlee, Hilton PJ juga turut menyediakan gerai makan aksi langsung melalui nama-nama dalam filemnya seperti
1. Stesen Minuman “Oh Manisku”
menghidangkan Teh Tarik dan Kopi.
2. Mamak Corner “Simpang Enam Komtar”
memasak makanan Penang seperti Char Kway Teow, Bee Hoon, Mee
Mamak dan Maggi
3. Roti Station “Panggilan Pulau”
menampilkan Tossai, Roti Canai, Roti Boom, Murtabak, Roti John, Kari
Ayam Mamak dan Dalcha, Nasi Briyani Kambing.
4. Gerai “Antara Dua Darjat”
terdiri daripada Kambing Mamak Khas dengan Briyani
5. Goreng-Goreng “Orang Minyak”
pelbagai pencuci mulut seperti Gengeng Panas-panas Pisang, Keladi,
Cempedak, Sukun, Kentang Manis, Karipap dan Samosa.

Harga?

Harga Early Bird
(tempahan sebelum 5 April 2020)
Dewasa | RM118 nett
Harga Biasa
(23 – 27 April 2020 & 17 – 23 Mei 2020)
Dewasa | RM158 nett
Kanak-Kanak | RM78 nett
Harga Biasa
(28 April – 16 Mei 2020)
Dewasa | RM168 nett
Kanak-Kanak | RM88 nett

Bufet Ramadhan akan bermula dari 6.30 petang hingga 10.30 malam dan berlangsung dari 20 April – 23 Mei 2020.

Macam mana? Best kan? Apa kau nak lagi kan. Jom imbau kenangan sepanjang hayat beberapa filem popular Tan Sri P. Ramlee dan nyanyian Band Live yang akan turut ada di sana. Jalan-jalan ke lorong dan berselfie di potretnya, kereta lagendanya dan banyak lagi. Oh Ya! lupa nak cakap, ruang solat juga ada disediakan kepada pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

Apa tunggu lagi? Jom tempah sekarang!

Maklumat lanjut dan ingin buat tempahan, boleh hubungi atau layari

Website
eatdrinkhilton.com

Telefon
+603 7955 9122

Alamat
2, Jalan Barat, Pjs 52,
46200 Petaling Jaya,
Selangor

**Diskaun 25% akan diberikan untuk ahli Hilton Dining APAC dan diskaun 15% untuk pemegang kad kredit terpilih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.