BBSAP Tawar Rumah Mampu Milik Di Bandar Manjung, Perak

Bercakap tentang pembelian rumah, kebanyakan dari kita akan mempersoalkan harga rumah. Lagi-lagi pada masa kini yang mana harga-harga rumah terlalu mahal dan tidak sejajar dengan pendapatan yang ada. Otomen tahu ramai berkeinginan untuk memiliki kediaman impian terutama golongan muda yang rata-ratanya pun belum mempunyai rumah sendiri. Taraf Nusantara Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju membawa inisiatif dan menawarkan Rumah Mampu Milik di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Manjung, Perak.

Untuk pengetahuan semua, daerah Manjung yang berada di Perak bakal menjadikan lokasinya menarik dengan daya tarikan pelancongan yang popular. Jadi, beruntunglah buat warga Manjung bilamana Taraf Nusantara Sdn Bhd melancarkan satu projek perumahan mampu milik yang terletak di Bandar Baru Setia Awan Perdana. Apa macam? Menarik tak? Rumah mampu milik di tengah Bandar Setiawan/Manjung yang sedang pesat membangun. Otomen percaya ramai akan tertarik dengan perkongsian di bawah ini. Jom!

Sebelum pergi lebih jauh, jom kita lihat dahulu serba sedikit latar belakang Taraf Nusantara Sdn Bhd di mana ia ditubuhkan pada tahun 2014. Taraf Nusantara Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pemaju yang mengkhususkan dalam pembinaan rumah mampu milik bermula dengan Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP). Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) merupakan nadi baharu bagi daerah Manjung/Sitiawan yang mana terdapat ciri-ciri pembangunan terancang serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan komersial. Kawasan BBSAP ini meliputi kira-kira 1,012 ekar.

Antara tarikan yang menjadi perhatian pembeli rumah adalah dari aspek kemudahan yang terdapat di sekeliling kawasan perumahan tersebut seperti:

  • kolam renang bertaraf Olimpik
  • lapangan Golf
  • taman permainan kanak-kanak
  • dewan badminton
  • gelanggang futsal
  • padang bola
  • sekolah
  • masjid dan surau
  • laluan jogging dan basikal
  • taman hijau

Rumah di BBSAP ini mempunyai jenis dari Teres dan Semi-D yang mana Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun siap dan mula diduduki penduduk. Bagi anda yang terlepas peluang ini, jangan risau kerana anda boleh dapatkan untuk Fasa 3, Fasa 4 dan Fasa 5 yang sedang giat dibangunkan.

Luas kawasan di parkir kereta setiap unit rumah ini boleh memuatkan dua buah kereta. Bukan itu sahaja tau! Kawasan ini berdekatan dengan banyak tempat menarik dan menghubungkan jalan utama seperti

  • Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang dijangka siap pada penghujung 2022 yang mana ia hanya mengambil masa lebih kurang 90 minit untuk ke Kuala Lumpur
  • berdekatan dengan lokasi pelancongan terkenal seperti Pulau Pangkor dan Teluk Batik
  • berdekatan dengan bandar Manjung/Setiawan dan beberapa kemudahan termasuk pusat membeli-belah

Harga?

Punya excited sampai Otomen terlupa nak berkongsi dengan anda semua tentang harga kan. Bagi Otomen sendiri, harga yang ditawarkan untuk sebuah kediaman yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan kawasan yang luas dan prasarana yang mencukupi sangatlah berbaloi dan berpatutan.

RM 135,000 seunit Rumah Teres
RM 188,000 seunit Rumah Semi-D

Dengan harga yang kompetitif dengan kualiti senibina rumah yang tinggi, BBSAP pasti dapat memenuhi keperluan rakyat Malaysia terhadap rumah mampu milik. Rata-rata pembeli rumah BBSAP terdiri daripada 70% bangsa Melayu, kakitangan awam dan pasangan yang baru berkahwin yang membeli rumah buat kali pertama.

YBhg. Datuk Misbun Sidek sebagai Duta BBSAP

Selain itu, Taraf Nusantara Sdn Bhd juga telah melantik lagenda badminton negara, YBhg. Datuk Misbun Sidek sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana atas usaha dan sumbangan beliau dalam melonjakkan nama Malaysia di persada dunia dalam sukan badminton.

Malah YBhg. Datuk Misbun juga telah melahirkan seorang lagi jaguh dunia yang turut mengikuti jejak langkah beliau dalam sukan badminton iaitu YBhg. Datuk Lee Chong Wei yang berjaya merangkul pingat dalam Sukan Olimpik.

YBhg. Datuk Misbun berhasrat untuk menjadikan Manjung sebagai pusat latihan badminton bagi golongan remaja di negeri Perak dalam usaha mencari jaguh dunia baharu yang akan terus mengharumkan nama Malaysia. Antara rancangan yang telah disusun bagi tahun ini adalah penganjuran bengkel badminton dan perlawanan badminton kategori remaja bawah 21 tahun.

Sebagai Duta kepada BBSAP, YBhg. Datuk Misbun turut menyokong penuh milikan rumah mampu milik ini dengan membeli seunit rumah sebagai rumah persinggahan beliau jika ke sana. Sempat jugalah Otomen meninjau kediaman Datuk Misbun yang indah bak hotel ni.

Kediaman YBhg. Datuk Misbun Sidek di Fasa 1 BBSAP

Sejujurnya, Otomen rasa usaha murni yang dibuat oleh Taraf Nusantara ini merupakan komitmen terbaik dalam memanfaatkan golongan B40 hingga M40 untuk mendapatkan rumah sendiri di Malaysia. Dalam masa terdekat, Taraf Nusantara akan memperluaskan lagi pembinaan projek perumahan mampu milik di lokasi lain di Semenanjung Malalysia untuk memenuhi permintaan masyarakat umum.

Otomen rasa bersemangat pula sebab sesiapa sahaja boleh memiliki rumah ini. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Jadi, apa tunggu lagi? Jom daftar dan mohon sekarang!!!

Untu maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai Rumah Mampu Milik di Bandar Baru Setia Awan Perdana, boleh layari

Facebook
https://www.facebook.com/townshipBBSAP/

atau hubungi wakil jualan
013 – 615 9722 | En. Muhammad Hafiz
019 – 646 3722 | En. Farid Omar
019 – 210 8722 | Mr. Darshan Gill

One thought on “BBSAP Tawar Rumah Mampu Milik Di Bandar Manjung, Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.