Travelog Perak | Tempat Menarik Di Manjung dan Pulau Pangkor

Hari-hari yang dilalui oleh semua rakyat Malaysia ketika berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan wabak pandemik Covid-19 ini memang tidak dibenarkan ke mana-mana sahaja. Semoga Otomen mendoakan agar segala apa yang kita tanggung ini akan berakhir dengan cepatnya. Otomen harap korang semua janganlah berdegil dengan saranan kerajaan untuk duduk diam-diam di rumah. Sentiasalah cuci tangan bersih-bersih dengan sabun atau bawa hand sanitizer jika kena keluar beli barang dapur. Okay… stop pasal isu Covid-19 ni. Jom Otomen bawakan korang satu tempat menarik yang korang boleh jelajahi bersama keluarga mahupun kawan-kawan bila keadaan dah reda nanti. Jom!

1) BIG WHALE CAFE, SRI MANJUNG

Bila korang dah sampai ke Manjung, Perak, apa kata korang cari dan cuba rasai hidangan yang ada di Big Whale Cafe. Dekorasi kafe ni sangat cantik dan moden. Kaki gambar memang pasti sukakannya! Hidangan kat sini menyajikan makanan tempatan bahkan western food dan Korean & Japan Food. Antara hidangan yang Otomen, LeYa dan rakan-rakan telah cuba ialah Korean Stir Fried Chicken Rice, Black Pepper Mushroom Chicken, Japanese Omu Curry Rice dan minuman Blue Whale Lemonade yang menyegarkan.

Alamat
No 255 & 256, Jalan PPMP 3/4,Pusat Perniagaan, Manjung Point Seksyen 2,32040 Seri Manjung, Perak

Telefon
05 – 612 4701

Waktu Operasi
Isnin – Khamis : 12pm – 10pm
Jumaat – Ahad : 11am – 11pm

2) Makan Malam Di Horizon Garden, Manjung

Bila malam menjelma, pasti perut korang dah mula kelaparan kan. Apa kata kalau ajak family atau kawan-kawan singgah makan di sebuah Restoran Horizon Garden, Manjung. Suasana di restoran ini juga cukup selesa dan luas untuk bawa ahli yang ramai.

Alamat
No. 7, Persiaran PM 3/2,Pusat Bandar Syeksen 3,32040 Seri Manjung, Perak

Telefon
05 – 688 8799

Waktu Operasi
Isnin hingga Ahad 
12.00pm – 3.30pm , 6.00pm – 11.00pm

3) PULAU PANGKOR

Pulau Pangkor sangat terkenal dengan pantainya yang cantik dan air lautnya yang bersih. Korang yang dah datang ke Daerah Manjung tu, memang rugi kalau tak ke Pulau Pangkor sekali. Sebab? Dah dekat sangat dah. Kat sana tu, korang boleh lah buat aktiviti laut seperti snorkelling, berkayak, memancing dan berkelah.

Sempat jugalah otomen acah ambil gambar ala-ala honeymoon bersama LeYa di pemandangan senja di pantai di sana.

Selain itu, ada juga tempat peninggalan sejarah yang menjadi tarikan bila korang berada di Pulau Pangkor. Antaranya Kota Belanda, batu bersurat Pangkor, Replika Tembok Besar China, Pantai Puteri Dewi dan kilang memproses ikan bilis.

4) KOTA BELANDA, PULAU PANGKOR

Kota Belanda atau Dutch Fort merupakan sebuah kubu yang berada di Pulau Pangkor. Ia berbentuk seperti runtuhan bangunan atau kubu lama. Ia merupakan sisa peninggalan Belanda dalam usaha mengawal pedagangan di semenanjung Melayu.

5) Fu Lin Kong Temple, Pulau Pangkor

Tokong Fu Lin Kong ni pula terletak di kaki Bukit Pangkor dan berdekatan dengan Kampung Sungai Pinang Besar. Kalau korang nak merasa bergambar seperti berada di Tembok Besar China, kat dalam tokong ni ada Mini Tembok Besar China. Memang cantik sangat guys!

6) pUSAT kONSERVASI DAN Penerangan Penyu Teluk Ketapang, Pulau Pangkor

Ini mungkin baru bagi korang. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Teluk Ketapang ni terletak di Pantai Teluk Ketapang. Pantainya sangat cantik dan tiada pembinaan resort kerana untuk menjaga alam semulajadi yang mana penyu-penyu lebih sukakan kesunyian dan ketenangan bilamana mereka ingin naik ke darat untuk mengeram telur.

Dekat sini, ada dua jenis spesies penyu yang selalu datang iaitu Penyu Agar dan Penyu Karak. Purata penyu-penyu ini menetas dalam sekali adalah 165 biji dan 90% daripadanya berjaya dilepaskan semula ke laut.

Selaku orang yang bertanggungjawab dalam pemuliharaan penyu-penyu yang ada di sini, En. Rasli Ibrahim mengambil langkah paling wajar dengan membina pusat ini. Bagi korang yang berminat untuk mempelajari berkenaan penyu, boleh datang dan rasai pengalaman di sini. Selain itu, korang juga boleh melaksanakan aktiviti seperti melawat tapak atau laluan penyu itu naik ke darat, tempat penetasan penyu, sentuh dan bagi makan penyu dan lainlain.

Harga Tiket Masuk
Dewasa : RM5
Kanak-Kanak : RM3

Alamat
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Teluk Ketapang,
Pulau Pangkor, Perak

Telefon
017 – 5915 137 (En. Rasli Ibrahim)

7) Menginap dan Rasai Kelazatan Makanan DI Coral Bay Resort, Pangkor

Dah sampai ke Pangkor tu, tak kan tak cari tempat penginapan kan. Kat sini, Otomen nak bawa korang satu penginapan semua dalam satu di mana, korang akan disediakan dengan penginapan serba lengkap dari bilik tidurnya, kolam renang, makan yang enak dan juga tempat beli-belah Duty Free yang turut ada di situ. Memang berbaloi sangat menginap di Coral Bay Resort, Pangkor ini. Tak perlu pening-pening tentang makan kat mana, semua ada disediakan!

Bilik penginapan jenis Family Room
Bilik jenis standard (Bilik Otomen dan LeYa)

Makan tengah hari dan makan malam yang disediakan di sini

Nampaknya, masa dah mencemburui Otomen untuk bercerita lebih panjang lagi. Ni lah antara tempat menarik yang korang boleh pergi bila berada di Manjung dan Pulau Pangkor, Perak. Sementara tengah PKP ni, duduk rumah diam-diam dulu tau. Nanti dah ok semua, baru boleh plan tempat bercuti dengan keluarga. Apa-apa bolehlah jadikan Blog Otomen ni sebagai rujukan ye. Hehehe

2 thoughts on “Travelog Perak | Tempat Menarik Di Manjung dan Pulau Pangkor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.