Bagaimana Buat Duit Sebagai Game Streamer

Ada pelbagai cara hari ini untuk mendapatkan wang melalui Internet. Salah satunya sebagai Game Streamer. Apa yang korang tahu tentang Game Streamer ni? Actually, Game Streamer juga mampu menghasilkan wang yang cukup lumayan.

Bermain game hari ini merupakan aktiviti e-sports terbaru. Cukup ramai anak muda yang mula berjinak bermain games secara professional tetapi tidak banyak yang cuba untuk menjadi Game Streamer. Ini kerana mereka malu untuk tampil di depan kamera.

Untuk menjadi seorang Game Streamer, satu perkara yang korang perlu tahu ialah tampil dengan penuh keyakinan di depan kamera dan buangkan sikap introvert yang ada pada diri korang tu. So, korang boleh mula belajar dari sekarang untuk yang serious menjadi game streamer.

Cuba korang ciptakan satu ciri-ciri khas yang unik pada diri korang sebab ini sangat penting buat gamers ingat akan tentang diri kita. Contoh, macam Otomen akan menggunakan nama unik “OtomenTaro” dan orang lebih ramai mengingati nama itu berbanding nama sebenar otomen. Hahahaha

Baca Juga: BAD LAB DAN WATSONS ANJURKAN PERTANDINGAN GAMING THE BAD DUEL

Selain itu, korang kenalah fokus dalam satu game. Cuba korang kuasai satu game supaya ia menjadi kekuatan bila korang tengah buat live streaming. Bila korang terror dalam satu game tu, orang pun akan respect dan lebih yakin dengan korang. Konsisten dalam melakukan sesuatu perkara.

Lagi yang otomen rasa nak kongsi adalah platform live-streaming. Ada banyak je platform live-streaming yang khusus disediakan untuk para gamer. Kebanyakan dari setiap platform mempunyai faedah yang cukup baik buat para gamer untuk terus konsisten melakukan live streaming.

Korang juga boleh gunakan Youtube Gaming sebagai platform pertama korang dalam memulakan Game Streamer. Kebanyakan gamer terkenal pun bermula dari menggunakan YouTube sebagai pelayan live-streaming. Semakin ramai yang melihat korang di Youtube Channel korang, semakin banyak jugalah iklan yang ada di channel korang. Jadi, dari situlah income korang perolehi.

Yang penting, kenalpasti tujuan kita dalam bermain game untuk membantu dalam menentukan pendapatan atau sekadar hobi. Korang sendiri yang boleh sasarkan tujuan korang sendiri. Ok bai!

Subscribe LeYa FaiZoL Channel di https://www.youtube.com/user/illya87

One thought on “Bagaimana Buat Duit Sebagai Game Streamer

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.