Jom Serbu Taman Eko Rimba Kanching dan Chongkak Park & Resort Hujung Minggu Ni! Tapi Pastikan Ikut SOP Ye!

Kaki travel pasti suka dengan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik bermula 10 Jun 2020 dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta perkembangan terkini yang membenarkan taman tema dan taman tema air (termasuk kawasan riadah air) kembali beroperasi pada 1 Julai 2020, sekaligus ia bagaikan perkembangan signifikan kepada operasi sektor pelancongan domestik.

Jadi, bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak atau ingin mencari ketenangan di kawasan riadah air, inilah masanya untuk korang berehat.

Hujung minggu ni, apa kata korang bawa keluarga mahupun rakan-rakan untuk bersantai di Taman Eko Rimba Kanching dan Chongkak Park and Resort yang sudah pun mula beroperasi pada 6 Julai 2020.

Walaupun begitu, aktiviti perkhemahan tidak dibenarkan sehingga satu masa yang akan diberitahu kerana waktu operasinya bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 4.30 petang sahaja. Jangan lupa juga, hanya 300 orang pengunjung sahaja pada satu-satu masa. Pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam kawasan selepas waktu operasi.

Pengunjung juga perlu mematuhi garis panduan atau SOP terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti berikut:

  • Melalui proses imbasan suhu wajib
  • Mendaftar masuk dengan aplikasi SElangkah: Langkah Masuk dengan Selamat
  • Memastikan jarak sosial 1 meter
  • Digalakkan memakai topeng hidung dan muka
  • Tidak berhimpun atau berkumpul melebihi 10 orang di lokasi
  • Memastikan hanya 5 orang berada di pondok rehat dan gazebo pada satu-satu masa
  • Pelaksanaan aktiviti dan pergerakan, dengan ruang minimum sebanyak 2 meter persegi setiap individu

Walaupun nampak seperti agak terbatas, namun ia sebenarnya adalah untuk memastikan semua pengunjung berada dalam keadaaan selamat memandangkan virus Covid-19 masih belum hilang sepenuhnya.

Jadi, beriadahlah secara berhati-hati!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.