Check Kaki Normal atau Tidak Di JennOrtho, Mid Valley Megamall

Kaki?
Ada apa dengan kaki?
Kaki memanglah penting. Kalau tak ada kaki, macam mana nak berjalan kan. So, korang kenalah ambil tahu dan jaga kesihatan kaki. Then, korang tahu lagi tak yang tapak kaki korang tu sebenarnya ada yang tidak normal. Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti cerita Otomen kat bawah ni.

Satu butik kasut Orthotic iaitu JennOrtho baru sahaja dibuka dan terletak di tingkat 2 Mid Valley. So, korang yang nak tahu tentang kesihatan kaki korang tu bolehlah mula singgah kat sini.

JennOrtho ni diterajui oleh Dr Edmund Lee, pakar Ortotik dan Prostetik yang sangat terkenal di Malaysia. Pusat Perubatan Kaki JennOrtho membantu hampir semua rakyat Malaysia dalam penjagaan kaki dengan memberi tumpuan kepada biomekanik dan menggunakan penyelesaian menyeluruh yang melibatkan produk ortotik, penjagaan kaki dan penjagaan kesihatan.

Di JennOrtho, korang boleh jalani pemeriksaan pengimbasan kaki secara percuma. Terdapat 3D Custom Medical Orthotics yang mana ia adalah shoe inserts atau insoles yang direka khas dalam kasut seperti kasut sukan, kasual dan lain-lain. Ia berfungsi untuk menghilangkan rasa sakit dari badan serta mengimbangi ketidakkeseimbangan di mana sahaja di bawah kaki, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan punggung.

Kat JennOrtho, lepas korang dah settle buat imbasan kaki, korang akan diberi sedikit pengetahuan mengenai masalah kaki korang berdasarkan imbasan yang telah dilakukan. Then, korang akan disarankan dengan tapak dalam kasut (insoles) berserta kasut yang sesuai bagi mengatasi masalah tapak kaki yang tidak normal.

Kasut-kasut yang ada kat sini memang cantik-cantik semuanya. Tak caya, korang boleh tengok gambar kat bawah ni.

Kalau korang nak tahu ada banyak insole kat JennOrtho ni. Antaranya adalah ready-made dan custom-made. Kalau korang tak tahu sama ada tapak kaki korang tu normal atau tidak, cepat-cepatlah datang ke JennOrtho, Mid Valley. #LambatDatangNantiMati Hahaha….

Lagi best masa pembukaan rasmi yang diadakan pada 29 Jun lalu, JennOrtho ada tawarkan promosi hebat untuk korang. Antaranya

  • Promosi Custom-made insole – Harga Asal : RM2399, Harga Promosi : RM2199
  • Promosi Insoles Ready-made untuk JennKids (dengan kasut) – Harga Asal : RM1299, Harga Promosi : RM899
  • Promosi Insoles Ready-made Dewasa – Harga Promosi : RM999
  • Promosi Keluarga : Beli 2 PERCUMA 1

Dah baca sampai habis kan? Nak tunggu lagi ker? Jangan lambat! Nanti dah sakit apa pun tak boleh.

JennOrtho
S-011, Second Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Website
www.jennortho.com.my

Facebook
https://www.facebook.com/jennortho/

Instagram
https://www.instagram.com/jennorthoworld/

Waktu Operasi
10.00 pagi – 10.00 malam (setiap hari)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.