Di Seremban, Apa Yang Best? Jom terokai ‘hidden gem’ di Kg Jkin Resort

Hai readers Otomentaro.com. Sejak akhir-akhir ni susah betul nak tengok otomen konsisten dengan penulisan blog kan… Hehehe… Btw, korang jangan risau. Blog ni masih aktif dan hidup lagi. Cuma kekadang tu otomen tersibuk sikit dengan kerja hakiki otomen. Okay jom follow apa yang otomen nak story kali ni!

Korang nampak gambar kat atas tu? Agak korang kat mana? Nak tahu? Jangan skip bacaan korang. Ada tempat menarik untuk korang bercuti dengan keluarga atau rakan-rakan. So, let’s go!

Kaki gambar, Insta-worthy, kaki nature dan segala kaki, jom cepat-cepat booking tempat menarik ni. Tak jauh pun dari Bandaraya Kuala Lumpur. Hanya lebih kurang 1 jam, korang dah dapat menikmati pemandangan hijau yang jauh dari hiruk-pikuk kotaraya.

Where I must to go? Kat mana? Lokasi ni berada di Jalan Lama Bukit Putus dari Seremban menghala ke Kuala Pilah. Ia dikenali dengan Kg Jkin Resort ATV Extreme Park yang telah pun beroperasi pada tahun 2018 dan meliputi kawasan seluas 10 ekar. Kg Jkin Resort ATV Extreme Park ini mewujudkan perkhidmatan eko pelancongan di kaki bukit putus itu dan memberi rasa kesegaran di sebalik kehijauan alam flora dan fauna.

Kat sini ada pelbagai jenis penginapan yang korang boleh inap mengikut bajet korang. Antaranya adalah Chalet Gaharu, Cendana, Rumah Pokok, Rumah Hobbit dan Rumah Buluh. (Boleh rujuk Portal Propa Rangers untuk lihat jenis-jenis rumah)

Otomen dan LeYa memilih untuk menginap di Chalet Gaharu 01 dengan harga RM100 satu malam dan lengkap dengan peralatan seperti TV, Iron & Iron Board, katil queen, bilik mandi, ruang rehat di luar bilik dan kipas angin.

Oh Ya! Nak diingatkan korang tau! Kat sini tiada perkhidmatan air-cond sebab dari pagi sampai ke malam memang suasananya sangat sejuk. Otomen dan LeYa sendiri tidur malam tanpa buka kipas angin tu. Air mandian dia pula memang direct terus dari bukit. So, memang sejuk gilerr.. Kena pula dengan Otomen yang tiada lemak ni. Memang menggigil-gigil.. Hahaha

Antara tarikan ramai yang berpusu-pusu untuk ke sini adalah dengan keunikan Rumah Hobbit ini. Memang unik dan comel!

Okay… Jom tengok aktiviti apa pula yang korang boleh buat ketika berada di sini. Terdapat banyak aktiviti, antaranya ialah Flying Fox, Buaian Extreme, Monkey Zip-Line, bergambar di 8 spot tercantik, Hiking, Mountain Bike, ATV dan bermain gelongsor di kolam buatan semulajadi manusia. Pendek kata, memang syok habisss… Tak sempat nak bosan bila dah buat semua aktiviti ni. Korang must try and Otomen memang recommend korang untuk datang santai kat sini! Hehehe..

Kalau rasa lapar dan dahaga tu, korang jangan risau. Sebab kat sini ada disediakan Dapur Pompuan Chantek yang menyajikan pelbagai pilihan menu masakan orang Nogori dan lain-lain yang sememangnya sedap.

Sumber | Facebook Kg Jkin Resort

Ok then, ada berita menarik lagi? Bagi menambah nilai-nilai murni lagi, Kg Jkin Resort turut menyediakan satu lagi program baru, Kem Motivasi Islam yang mana setiap dari peserta atau korang yang datang boleh merasai ketenangan jiwa melalui pelayaran Islam di sana seperti berqiamullail, mengadakan majlis aqiqah & qurban, ceramah agama dan lain-lain lagi yang korang rasakan nak laksanakan.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom ke Kg Jkin Resort untuk merasai semua aktiviti yang Otomen dah lakukan. Tak perlu pergi jauh sampai negara seberang. Di sini pun korang dah boleh merasainya.

Nak lagi maklumat lanjut, boleh layari seperti tertera di bawah:

Facebook
https://www.facebook.com/kgjkin883

Instagram
https://www.facebook.com/kgjkin883

Hubungi / Whatsapp
011 – 2089 3883 / 017 – 883 3674

Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke Kg Jkin Resort, Negeri Sembilan yang berlangsung selama 2 hari 1 malam (12 – 13 Ogos 2020) anjuran Propa Rangers dengan kerjasama LF Production, Kg Jkin Resort, ZB Group dan The Siblings Bouquet.

One thought on “Di Seremban, Apa Yang Best? Jom terokai ‘hidden gem’ di Kg Jkin Resort

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.