Jelajah Otomen Taro Ke Dedaun Langat Resort, Hulu Langat

Sesekali luangkan masa bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan mahupun si dia yang tersayang tentunya menyeronokkan. Inilah masanya untuk menambah pengalaman dalam masa yang sama boleh mengeratkan hubungan yang terjalin. Pun begitu tidak ramai juga yang dapat melakukannya kerana kekurangan bajet! Okey… Jika bajet yang menjadi penghalang korang, jom ikuti cerita Otomen bercuti dengan keluarga di tempat yang cantik dan berbaloi-baloi.

Tidak semestinya di kala cuti, korang akan menginap di hotel mewah kan. Sebaliknya korang boleh berjimat dengan mencari hotel murah dan selesa. Untuk itu, korang bolehlah cuba menginap di Dedaun Langat Resort, Hulu Langat, Selangor yang menyajikan pemandangan hijau dan cantik bila berada di sana.

Otomen dan keluarga menginap di suite Family Sireh yang mana boleh memuatkan 8-10 orang dalam satu masa. So, ia lebih jimat kan! Dalam suite ni terdapat 2 bilik yang mempunyai satu katil queen, 2 katil single dan 1 sofa bed bersaiz single di ruang tamu. Kemudahan yang ada juga lengkap seperti pemanas air dan toiletries.

Paling syok otomen nak cakap adalah kawasan kolam mandinya. Memang kalau korang nampak dah macam dekat mini taman tema air. Of course lah budak-budak paling seronok sekali kan. Tak caya! Meh tengok ni…

Kat sini ada juga bilik karaoke dan kawasan yang luas untuk melakukan aktiviti sukaneka, peralatan BBQ dan jalan petang di situ.

So, otomen rasa dengan cara ini korang bukan sahaja berpeluang dapat bercuti, tetapi korang boleh eratkan hubungan silaturrahim di samping berjimat.

Korang yang ingin membuat tempahan penginapan di Dedaun Langat Resort ini, boleh dapatkannya di Laman Facebook DedaunLangatResort. Tunggu apa lagi? Jom ke Dedaun Langat Resort untuk rasai ketenangan dan kesejukan di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.