Pengalaman Seorang Perokok

Kita semua sedar dan tahu bahawa tabiat merokok sebenarnya memberi kesan yang buruk kepada kesihatan dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit merbahaya.

Namun, bukan mudah bagi seorang perokok tegar ingin menghentikan tabiatnya itu. Almaklumlah nikotin yang disedut dari sebatang rokok setiap hari dah menjadi asasi dalam tubuh badan. Macam Otomen Taro ni lah. Otomen sudah pun bersama dengan rokok sejak di bangku sekolah lagi. (Bangku taw bukan meja.. Haha..) Rasa ketagihan dan keseronokan selepas menghembuskan asap rokok itu menjadi kepuasan pada diri.

Walaupun pernah lah dalam cubaan untuk berhenti dari tabiat buruk ini, namun rasa ketagihan itu terus membawa Otomen kembali menghisap rokok sehingga hari ini. Bukan tak pernah dinasihati emak dan isteri tersayang. Tapi, ibarat mengantuk disorongkan bantal, kau akan hanyut derr… Lagi-lagi bila kau tengah kerja dan rasa mengantuk, kau akan keluar ke tempat smoking area dan menghisap rokok bagi menghilangkan rasa mengantuk itu tadi.

“Ha… baru segar dah kena sebatang. Barulah boleh bekerja dengan tenang dan fokus.” Kata-kata Otomen kepada isteri yang cuba untuk mengurangkan tabiat merokok ini.

Ini bukan cerita baharu. Lebih daripada 10 kali, Mrs. LeYa bertindak untuk cuba menghentikan Otomen dengan tabiat buruk ini. Namun, impian tinggal impian. Haha… Hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun, Otomen masih dengan tabiat menghisap rokok dan akan berhenti ketika berpuasa atau tidur malam. Hehehe

Usaha ‘menakut-nakutkan’ kepada perokok tegar seperti Otomen ni hanyalah sia-sia. Ibarat ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’. Tanyalah pada mana-mana perokok, hampir pasti tiada seorang pun yang tidak tahu merokok itu berbahaya. Mereka sedar dan tahu akan kesan buruknya kepada diri sendiri dan boleh juga memudaratkan kepada orang lain. Bukan mereka tidak bimbang jika ahli keluarga ada yang turut terkena tempias mendapat penyakit disebabkan rokok.

Menyedari merokok adalah perbuatan sia-sia, Otomen mencari alternatif dengan membeli rokok elektronik atai vape. Otomen sedar ia juga bukanlah baik untuk kesihatan tetapi Otomen tahu ia lebih selamat berbanding rokok konvensional yang boleh mengakibatkan pencemaran udara dan kesihatan masyarakat luar lain.

Apa itu Rokok Elektronik atau Vape?

Vape ini sebenarnya adalah pengewap berkuasa bateri di mana ia menghasilkan suatu aerosol daripada cecair berperisa khas untuk Otomen dan penggunanya rasa seakan menghisap rokok tanpa membakar sebarang tembakau. Cecair khas ini biasanya diperbuat daripada nikotin, propilena, glikol, gliserin dan bahan perisa.

Ternyata cubaan kedua ini berjaya mengurangkan Otomen dengan tabiat merokok yang selama ini boleh habis satu kotak sehari, tetapi dengan adanya rokok elektronik ini, sekotak rokok boleh pergi ke tiga hari.

Mana tahu kan suatu hari nanti, Otomen mampu membuang tabiat butuk ini dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.