Menjaring Ikan Di Laut Bersama Saudara-Mara

Salam semua… Sekejap betul dah masuk tahun 2021 kan. So, Otomen nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog yang sehingga kini sentiasa support Otomen untuk terus berkarya. Ok, cerita kali ni macam biasa Otomen dengan hobi otomen iaitu Menjaring ikan di laut. Tapi, kali ni ramai saudara-mara otomen turut terjebak follow sebab ke‘excited‘an tengok Otomen dapat banyak ikan. Jom!

Kadang tu kan ramai fikir apa lah kejadahnya kau asyik sangat nak ke laut je memancing la menjaring la… Uolls jangan tak tahu, dengan aktiviti ke laut ni la sebenarnya mampu merendahkan stress seseorang, malah boleh membantu lelaki macam Otomen lebih cergas. Ah, giteewww!

Menjaring ikan di laut kali ni Otomen bersama LeYa dan saudara-mara ke Pantai Blue Lagoon yang terletak di Port Dickson. Rasanya pantai ni cukup terkenal dengan kecantikan pemandangannya dan sudah ramai pun yang membawa anak-anak mandi-manda di sini. Aktiviti menjaring ini bermula seawal jam 6.30 petang di mana kami ingin merasai pengalaman suasana malam di tepi pantai.

Sebelum masuk laut, Otomen dan beberapa saudara lelaki memacak khemah sebagai tempat berteduh kanak-kanak dan saudara perempuan ketika menunggu kami ke laut nanti. Siap pacak khemah, kami menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu dan menikmati bekalan makanan yang dibawa. Memang syok dan meriah sesekali beriadah di waktu malam. Tidak ramai orang, hanya kami saudara-mara sahaja yang ada. Memadai dengan saranan kerajaan yang mahukan penjarakan fizikal dengan orang luar. #KitaJagaKita. Hehehe

Tibalah waktunya bagi Otomen dan kaum lelaki turun ke laut mencari hasil laut. Yang kanak-kanak pula bila air laut dah surut sikit, mereka pun berenang ditemani ibu masing-masing.

Aucchhhh… gitchhuuu… Air dan kanak-kanak memang tak dapat dipisahkan. Haha… Kalau korang nak tahu, bukan mudah sebenarnya nak dapatkan ikan bersaiz besar ya! Bagi seorang lelaki yang gagah perkasa seperti Otomen ni memerlukan rangsangan kekuatan pada lengan, bahu, belakang dan kaki untuk menarik atau memukat jaring ikan-ikan yang melekat di situ.

Tambahan lagi tadi, khemah yang dipasang juga memerlukan tenaga! Mana mungkin aktiviti menjaring ini sebenarnya mudah. Korang try dulu baru cakap nanti ye!

Alhamdulillah… Antara hasil laut yang diperolehi termasuklah ketam, ikan belanak, ikan susu, ikan gelama, ikan usat dan macam-macam lagi. Dapat jerr hasil laut tu cukup-cukup untuk kehadiran yang ada. Semua dapat elok-elok je dibahagikan sama rata. Tak kira berapa banyak pun jumlah tangkapan, tapi sebenarnya yang paling best adalah masa dapat ikan. Walaupun kecik-kecik tapi dia punya puas hanya kaki pancing je tahu…

Seperti hobi lain, hobi menjaring ikan ni juga dapat membantu peminatnya lari seketika dari hiruk pikuk kotaraya. Mana tidaknya, korang akan dapat menikmati keindahan alam semulajadi di samping mendengar bunyi deruan ombak dan Yeahhh!! Memang sangat menenangkan.

Sebab itu Otomen cukup suka menghabiskan banyak masa di laut dengan aktiviti menjaring mahupun memancing. LeYa sendiri dah seronok ikut bila Otomen ke laut. Hehehe… Kepala rasa lebih ringan ditiup angin sejuk di pantai. Pasti badan yang rasa lelah terus jadi bersemangat ketika menjalankan aktiviti menjaring mahupun memancing!

Ok sehingga bertemu lagi dengan next story!

Jemput juga baca aktiviti Otomen dengan hobi Memancing / Menjaring yang lain :
1) Santai Petang dan Menjala Ikan Di Pulau Indah, Klang
2) Aktiviti Mencari Kupang di Pantai Pasir Panjang, Port Dickson
3) Aktiviti Menarik di Paya Bakau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.