Berbaloikah Buat Grab? Ikuti Pengalaman Bersama Otomen Taro

Ada juga lah yang bertanya pada Otomen semenjak otomen menjalankan business membawa Grabcar ni, Berbaloikah? Dapat berapa sebulan memandu Grab ni? Oleh kerana otomen buat Grabcar ni secara part time, jadinya otomen hanya bekerja lebih kurang 4 jam sehari bermula selepas waktu kerja dalam 6.30 petang sehingga 11.00 malam. Dan di hari minggu, jika tiada apa-apa aktiviti, otomen akan laksanakan secara sepenuh masa iaitu dari pagi sampai ke … Continue reading Berbaloikah Buat Grab? Ikuti Pengalaman Bersama Otomen Taro

Travelogue Melaka-Muar | Makan Mee Bandung & Menginap di Homestay Murah Serkam

Cuti Tahun Baru Cina yang lalu, otomen berkesempatan pergi makan Mee Bandung Muar yang sememangnya tidak asing lagi di situ. Mee Bandung Central yang terletak di Tanjung Agas, Muar, Johor merupakan lokasi pilihan ramai untuk menikmati mee bandung sedap di situ. So otomen nak cerita lah sikit apa yang menarik yang ada di sini. Sesampai sahaja otomen di rumah milik ibu otomen pada hari Jumaat … Continue reading Travelogue Melaka-Muar | Makan Mee Bandung & Menginap di Homestay Murah Serkam

Pilihan Rumah Mampu Milik Iringan Bayu, Seremban

Impian memiliki rumah hari ini pasti menjadi sukar apabila harga rumah meningkat naik. Namun, pada tanggal 27 Januari 2018 lalu, Otomen Taro berkesempatan menghadiri Program Pelancaran Iringan Bayu Seremban mampu milik yang akan dibangunkan oleh OSK Property dan telah pun disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Dengan mempunyai keluasan 770 ekar, Iringan Bayu direka … Continue reading Pilihan Rumah Mampu Milik Iringan Bayu, Seremban

Masak Lebih Mudah Dengan AMC Malaysia dan Chef Zamir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog lifestyle Otomen Taro. Dah lama juga otomen tak bersiaran dalam blog kali ini. Okay… untuk kali ini, otomen nak kongsikan kepada peminat semua mengenai satu produk masakan yang mungkin lebih digemari oleh kaum wanita.  Nampak tak dengan siapa otomen bergambar kat atas tuh??? Itu adalah Juara Masterchef Malaysia All Star 2013, Chef Arshad Zamir yang otomen jumpa … Continue reading Masak Lebih Mudah Dengan AMC Malaysia dan Chef Zamir

GINTELL Promosi Kehidupan Sihat Untuk Rakyat Malaysia

Okay… Dah lama juga Otomen tak bersiaran dalam blog otomen ni kan? Sebelum terlambat meh la otomen ucapkan Selamat tahun Baru 2018 buat para pembaca blog lifestyle Otomen Taro ni. Gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia hari ini otomen dapat lihat semakin meningkat. Alhamdulillah…syukur. Jadi, bersempena dengan sambutan Krismas dan Tahun Baru ini, Otomen telah dijemput menghadiri satu Program Pelancaran Kerusi Urut De’Space Star dari … Continue reading GINTELL Promosi Kehidupan Sihat Untuk Rakyat Malaysia

Kisah Inspirasi: Dari Seorang Pilot Kepada Usahawan Berjaya

Mengecapi kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah dan banyak dugaan yang harus ditempuhi. Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian. Kisah ini menceritakan seorang pemuda yang memang minat dari kecil untuk menjadi usahawan berjaya pada suatu hari nanti. Pada awalnya, pemuda yang bernama Tuan Bakhtiar Aliff ini merupakan seorang juruterbang MAS. Dek kerana semangatnya yang kuat dan minat beliau untuk menjadi usahawan, Tuan Bakhtiar mengambil langkah … Continue reading Kisah Inspirasi: Dari Seorang Pilot Kepada Usahawan Berjaya

Haunted Hotel | Kisah Seram Menginap Di Amber Court, Genting Highlands

Haiii3x… Lama sungguh Otomen menyepikan diri kan. Almaklumlah sibuk. Lagi2 sekarang ni Otomen dah mula bekerja di sebuah organisasi di Putrajaya. Beberapa minggu lepas, Otomen dan LeYa serta rakan-rakan blogger telah bermalam di sebuah hotel yang agak seram dan paling ‘haunted’ di Asia. Kami semua telah menyertai satu cabaran “Siapa Paling Berani” dan bermalam hanya 1 malam di Amber Court, Genting Highlands pada 21 Oktober … Continue reading Haunted Hotel | Kisah Seram Menginap Di Amber Court, Genting Highlands